Sarawak mahu kualiti lebuh raya setaraf dengan Semenanjung

0
465
Lawatan Sambil Belajar Rombongan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (MIDT) dan JKR Sarawak Ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2019 (SNN) – Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri (MIDT) Sarawak bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak baru-baru ini telah mengadakan lawatan rasmi ke beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kuala Lumpur.

Rombongan berjumlah seramai 30 orang ini disertai oleh pegawai dan jurutera daripada MIDT dan JKR Sarawak, yang diketuai sendiri oleh YB Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak. Turut hadir ialah Datu Safri Zainuddin, Setiausaha Tetap Kementerian MIDT Sarawak, pegawai dari  Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak  serta Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Menurut Julaihi tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai cara pelaksanaan dan pengoperasian kawasan rehat dan rawat (R&R) dari kedua-dua syarikat konsesi lebuhraya tersebut iaitu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Seperti yang semua kita sedia maklum, kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan pembinaan jajaran jalan pesisir dari utara sehingga selatan Negeri Sarawak. Kedua-dua konsesi syarikat ini seperti yang kita semua tahu mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan R&R di Malaysia dan diharapkan perkongsian maklumat ini dapat dibawa ke Sarawak apabila R&R dibina di sepanjang laluan jalan pesisir nanti,” jelas Julaihi.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Dato Seri Aziz Bin Abdullah. Manakala taklimat daripada daripada kedua-dua syarikat konsesi lebuhraya disampaikan oleh Dato Azman Ismail selaku Pengarah Urusan PLUS, dan  Dato Nik Fauzi Bin Tan Sri Nik Hussein selaku Pengarah Urusan ANIH Berhad iaitu Syarikat Konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Rombongan lawatan tersebut telah dibawa sendiri ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Pantai Timur, Kuala Lumpur. Lawatan tapak ke kawasan rehat bertujuan meninjau sendiri suasana dan kaedah perlaksanaan serta operasi di kedua-dua kawasan tersebut secara lebih dekat.

Sekitar lawatan ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Pantai Timur


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here