More
    Home Sarawak Sarikei Mayat lelaki terapung ditemui nelayan ketika pergi ke laut

    Mayat lelaki terapung ditemui nelayan ketika pergi ke laut

    TANJUNG MANIS, 27 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang nelayan dari Kampung Rajang, Sungai Sabut menjumpai mayat lelaki yang terapung di pantai sungai berkenaan pada 24 Oktober lalu.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Tanjung Manis sekitar jam 8.43 pagi berhubung insiden penemuan mayat oleh seorang nelayan terbabit.

    “Enam orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengambil mayat yang dilaporkan terdampar di pantai.

    “Setibanya di Kampung Rajang, dua anggota bomba dan seorang anggota polis bersama-sama dengan pengadu terbabit bergegas ke lokasi kejadian menggunakan bot nelayan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pihak momba membawa keluar mayat terbabit sebelum diserahkan kepada polis

    Ujarnya, mayat lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...