More
    Home Sarawak Betong 3 maut nahas melibatkan kereta dengan lori kargo di Jalan Saratok-Sarikei

    3 maut nahas melibatkan kereta dengan lori kargo di Jalan Saratok-Sarikei

    SARATOK, 27 OKTOBER 2020 (SNN) : Tiga maut manakala tiga orang lagi mangsa parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga bertembung dengan sebuah lori kargo di simpang Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Jalan Saratok-Sarikei, semalam.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pada jam 5.44 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi, didapati tiga orang mangsa masih tersepit di dalam kenderaan terbabit sebelum pihak bomba menggunakan alat penyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

    “Manakala tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita telah disahkan maut ditempat kejadian oleh petugas hospital yang hadir di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kereta remuk kesan daripada pertembungan terbabit.

    Mangsa yang terlibat ialah Raju Lian, 43, Irene Jerah, 44, Vanessa Deborah Medan, 16, Geneyses Rachel Raju, 15, Bakter None Raju, 20 dan Moses Medan, 13.

    Tambahnya, ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Saratok untuk menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dirujuk ke bahagian forensik untuk bedah siasat.

    Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori kargo terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 malam dibantu oleh pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...