More
    Home Sarawak Betong Masjid Kampung Semarang, Pusa akan dibina semula di tapak baharu

    Masjid Kampung Semarang, Pusa akan dibina semula di tapak baharu

    PUSA, 25 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek pembinaan semula Masjid Darul Ehsan Kampung Semarang, Pusa yang musnah akibat fenomena ombak serta air pasang besar baru-baru ini akan dilaksanakan awal tahun hadapan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor memberitahu, tender pembinaan semula masjid berkenaan akan diiklankan selama sebulan hingga hujung Disember ini sebelum diserahkan kepada kontaktor yang dilantik.

    “Pembinaan masjid itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 kelak.

    “Dalam masa yang sama, kerajaan negeri turut telah meluluskan peruntukan bagi membina sebuah surau baharu untuk penduduk kampung bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti keagamaan dan tapak binaan telahpun dikenal pasti,” kata beliau semasa mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Semarang pada Selasa.

    Razaili menyerahkan cek RM5,00 kepada JKKK untuk gotong-royong kawasan kampung Semarang

    Ujar beliau, sementara waktu ini, segala aktiviti keagamaan dan Solat Jumaat akan dilakukan di Surau Annur Kampung Sg Durian, Semarang di samping surau terbabit akan dipersebarkan dengan bajet daripada Pusat Khidmat Beting Maro.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...