More
    Home Dua kes positif Covid-19 dilaporkan di Daerah Sibu hari ini

    Dua kes positif Covid-19 dilaporkan di Daerah Sibu hari ini

    KUCHING, 25 NOVEMBER 2020 (SNN) : Terdapat dua kes positif covid-19 dilaporkan hari ini di Daerah Sibu menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,058 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan, dua kes tersebut adalah melibatkan lelaki warganegara tempatan yang baru pulang dari luar negara melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah dikuarantinkan selama 14 hari.

    Ujian saringan pertama mendapati kes adalah negatif dari Covid-19 manakala setibanya di pintu masuk lapangan terbang Sibu dan membuat ujian saringan di tempat kuarantin mendapati kedua-dua kes adalah positif covid-19 pada 23 November 2020.

    Kes merupakan sebahagian daripada pekerja warganegara Malaysia dalam bidang minyak dan gas dan dikategorikan sebagai kes import oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Kenyataan media harian JPBNS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...