More
    Home Sarawak Sarikei Projek naiktaraf kemudahan SMK Tong Hua dilaksana di bawah Projek RTP

    Projek naiktaraf kemudahan SMK Tong Hua dilaksana di bawah Projek RTP

    MERADONG, 25 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek naiktaraf kemudahan/prasaranan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, Meradong yang bernilai RM100.000 dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, berkata, projek yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei itu akan siap dalam tempoh empat bulan bermula pada 24 November 2020.

    “Pihak Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) turut mencadangkan agar projek itu termasuklah pelaksanaan baikpulih pagar sekolah serta pembesaran parit yang sering sekali menjadi punca masalah air bertakung di luar kawasan sekolah,” katanya ketika dalam majlis ringkas penyerahan RTP SMK Meradong kepada wakil JKR Sarikei, semalam.

    Ujarnya, beliau berharap kerjasama pihak sekolah dengan agensi dapat dijalin erat agar proses pelaksanaan projek dapat dijalankan dengan lancar dan siap mengikut tempoh yang telah dijadualkan.-Sumber Ukas.

    Datuk Ding hadir meninjau kawasan projek pembesaran prasarana SMK Meradong pada Selasa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...