More
    Home Sarawak Betong Masjid dan Surau di Kampung Beladin ditutup selepas kariah didapati positif Covid-19

    Masjid dan Surau di Kampung Beladin ditutup selepas kariah didapati positif Covid-19

    BETONG, 05 MAC 2021 (SNN) : Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan mengeluarkan arahan bagi menutup sementara waktu semua surau dan masjid bagi segala aktiviti bermula 5 Mac hingga 18 Mac 2021 untuk disanitasi selepas salah seorang kariah kampung Beladin didapati positif Covid-19.

    Dalam kenyataan tersebut antara masjid dan surau yang terlibat adalah Masjid Sementara Beladin Al-Amin (RGC Beladin), Surau Sinar Islam (Masjid lama Kampung Tengah Beladin), Surau Tengah Beladin, Surau Darul Ehsan Kampung Hulu Beladin, Surau Sinar Islam Kampung Hilir Beladin dan Surau Darul Imtiaz SMK Beladin.

    Penduduk kawasan Kampung Beladin diminta agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menjaga kesihatan diri dan keluarga bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...