More
    Home Sarawak Samarahan Projek tambah baik perkarangan masjid baharu di Sebuyau dijangka siap Ogos ini-Datuk...

    Projek tambah baik perkarangan masjid baharu di Sebuyau dijangka siap Ogos ini-Datuk Julaihi Narawi

    SEBUYAU, 05 MAC 2021 (SNN) : Projek pembinaan bangunan tambahan dan tambah baik perkarangan Masjid Baru Sebuyau Fasa 3B yang kini dalam kerja-kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2021 ini.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahlu Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata, projek yang dilaksanakan bermula 21 Ogos 2020 itu menelan kos sebanyak RM4.28 juta dijangka siap menjelang Ogos ini dan akan memberi keselesaan kepada
    para jemaah Kampung Sebuyau kelak.

    “Saya melakukan tinjauan ini bagi melihat sendiri perkembangan projek pembinaan bangunan tambahan masjid berkenaan dan berharap akan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

    “Penambahbaikan dan sedikit perubahan kecil dilakukan keatas kawasan perkarangan masjid ini adalah untuk memberi keselesaan kepada kariah masjid disamping dapat dijadikan tempat melakukan aktiviti kemasyarakatan,”kata beliau ketika melakukan tinjauan ke atas projek berkenaan pada Rabu.

    Dalam masa itu, Datuk Julaihi turut meninjau pembinaan jeti bagi kemudahan golongan nelayan Kampung Masjid Sebuyau dan meluluskan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM13,000 bagi projek berkenaan.

    Kerja-kerja pembinaan masih dijalankan oleh kontraktor bertanggungjawab

    Turut hadir sama dalam tinjauan adalah Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau; Tuan Ajis Ahmad, Penghulu Abu Seman, ketua-ketua kaum dan kontraktor yang terlibat.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...