More
    Home Sarawak Samarahan Kerajaan GPS sedia membantu belia yang berminat ceburi bidang pertanian

    Kerajaan GPS sedia membantu belia yang berminat ceburi bidang pertanian

    SEBUYAU, 06 MAC 2021 (SNN) : Kerajaan negeri Sarawak bersedia untuk menyuntik dana bagi membantu para belia yang berminat terutama di kawasan luar bandar untuk menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya.

    Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi, kerajaan banyak memberi bantuan bagi menggalakkan golongan belia di kawasan luar bandar untuk menceburi bidang pertanian sebagai salah satu kerjaya dan meningkatkan kualiti hidup keluarga.

    “Sesuai dengan kedudukan Sebuyau di kawasan persisir dan menjadi laluan utama kedua, ini akan menjadi satu kelebihan bagi mereka yang ingin memasarkan hasil pertanian nanti.

    “Kerajaan Sarawak baru-baru ini juga telah meluluskan peruntukan untuk membina Pusat Mengumpul, Memproses dan Membungkus (CPPC) di kawasan Sebuyau bagi membantu golongan petani dan nelayan. saya berharap siapnya projek ini kelak dapat membantu golongan mereka ini dalam melibatkan diri membekalkan produk hasil tani kelak,” kata beliau ketika membuat tinjauan tapak pertanian yang diusahakan bersama golongan belia di Kampung Sampat baru-baru ini.

    Datuk Julaihi memberi penerangan berkenaan galakan untuk belia menceburi sektor pertanian sebagai peluang kerjaya

    Ujar beliau, golongan belia yang berminat untuk mengusahakan tanaman digalakkan untuk menanam pisang kepok, nanas, labu manis, jagung, tembikai, keledek manis dan cili kerana tanaman seperti ini amat berpotensi serta mempunyai nilai di pasaran.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...