Masjid dan Surau di Kabong Disaran Galakkan Penyertaan Belia Dalam Aktiviti Keagamaan

0
230
Mohd Chee Kadir semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Majlis Islam Sarawak kepada masjid dan surau di Bahagian Betong, untuk kawasan DUN Kabong, bertempat di Masjid As-Sabirin Kabong

KABONG, 12 Mei 2019 (SNN)- Masjid dan surau di Kabong disaran menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti keagamaan.  Pelbagai cara dan pendekatan boleh dilakukan terutamanya pendekatan yang berdasarkan peredaran semasa, khususnya  melalui penggunaan teknologi maklumat.  Ini boleh menarik lebih ramai generasi muda terlibat sama dalam aktiviti keagamaan di surau mahupun masjid. YB Mohd Chee Kadir. ADUN N.40 Kabong berkata demikian semasa ucapan beliau di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Majlis Islam Sarawak kepada masjid dan surau di Bahagian Betong, untuk kawasan DUN Kabong, bertempat di Masjid As-Sabirin Kabong.

Dalam ucapannya Mohd Chee Kadir mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Betong, kerana dapat mengadakan majlis sedemikian. Sempena berada pada fasa pertama bulan Ramadhan, beliau juga berharap semoga ibadah puasa diterima  dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.”Semoga dengan ketibaan bulan Ramadhan ini, kita dapat menyempurnakan ibadah kita dengan lebih baik, serta tidak melupakan kepada mereka yang memerlukan”. Kata Mohd Chee Kadir.

Beliau menambah, “semoga dengan ketibaan bulan Ramadhan ini, kita dapat menyempurnakan ibadah kita dengan lebih baik, serta tidak melupakan kepada mereka yang memerlukan. Amalan bersedekah adalah dituntut dalam Islam, serta ia dapat mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT”, ujarnya.

Pada majlis tersebut Mohd Chee Kadir turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM21,000 kepada hampir semua masjid dan surau di Bahagian Betong yang berdaftar khususnya untuk DUN N.40 Kabong bagi tujuan pengurusan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau untuk kawasan DUN Kabong 

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pentadbiran sama ada peringkat masjid mahupun peringkat surau perlu memantapkan sistem pengurusan mereka hingga ke tahap terbaik, khususnya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Menurut Mohd Chee Kadir lagi, langkah sedemikian amat penting dalam memastikan urus tadbir sesebuah masjid mahupun surau dijalankan mengikut misi dan matlamat yang telah ditetapkan. “Kita mahu peringkat pentadbiran masjid mahupun surau bergerak aktif dalam menjalankan setiap aktiviti yang menjurus kepada penglibatan bersama dengan masyarakat”, katanya.

Mengakhiri ucapannya, Mohd Chee Kadir mengingatkan setiap pentadbiran sama ada peringkat masjid mahupun surau perlu memantapkan sistem pengurusan mereka sehingga ke tahap yang terbaik, khususnya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Langkah ini amat penting dalam memastikan urus tadbir sesebuah masjid ataupun surau dijalankan mengikut misi dan matlamat yang telah ditetapkan. “ Ini kerana, kita mahu peringkat pentadbiran masjid mahupun surau bergerak aktif dalam menjalankan setiap aktiviti yang menjurus kepada penglibatan bersama dengan masyarakat.  Dengan adanya sumbangan ini, secara tidak langsung dapat menampung sedikit sebanyak aktiviti keagamaan yang mampu membawa kepada semangat perpaduan bersama, di samping mengimarahkan lagi suasana di masjid dan surau”, katanya.

Salah seorang wakil penerima menerima cek sumbangan daripada Mohd Chee Kadir untuk tujuan membantu aktiviti keagamaan di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Majlis Islam Sarawak kepada masjid dan surau di Bahagian Betong, untuk kawasan DUN Kabong, bertempat di Masjid As-Sabirin Kabong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here