Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019 Menjelajah ke Miri

0
42
Yang Dipertua HIKMAH, Hj Abd Aziz bergambar bersama tetamu jemputan dan penerima sumbangan di Masjid An Nur, Pujut Miri semalam

MIRI, 12 Mei 2019 (SNN)- Penyampaian sumbangan melalui Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019 menjelajah ke Miri pula apabila kali ini program tersebut telah dilakukan oleh HIKMAH Cawangan Miri , yang telah disempurnakan semalam di Masjid An Nur, Pujut Miri, bermula pukul 5.30 petang.

Majlis tersebut disempurnakan dengan program penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dihadiri oleh Yang Dipertua HIKMAH, Tan Sri Datuk Amar Hj Abd Aziz bersama dengan Naib Yang Dipertua HIKMAH, Temenggung Hj Abd Rahman Fadzail dan En Aziz Hj Yusuf Pegawai Daerah Miri merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH. Turut hadir Puan Raihan, Setiausaha Perhubungan HIKMAH dan beberapa orang lagi Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH. Turut diadakan majlis berbuka puasa, solat berjemaah Maghrib, Isyak dan seterusnya sembahyang tarawih.

Sebahagian tetamu dan penerima sumbangan yang hadir pada Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019 di Masjid An Nur, Pujut Miri semalam
Hj Abd Aziz menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga asnaf
 

Terdahulu sebelum itu Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019 Cawangan Miri semalam turut dilakukan di Masjid Darul Madinah, Kampung Kuala Sibuti. Majlis ini telah disempurnakan oleh Temenggong Hj Abd. Rahman Fadzail (Naib Yang Dipertua HIKMAH Sarawak), Tuan Hj Alwi Bin Hj Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH) serta diiringi Ustaz Hj Idris Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH) dan Saudara Fadhlullah (Wakil Islamic Relief Malaysia). Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas dari al Fadhil Ustaz Tamri Arrim (Pegawai Dakwah HIKMAH Samarahan). Hadir bersama pada majlis tersebut adalah 50 penerima sumbangan sempena Safari Ramadhan 2019 dan masyarakat sekitar.

Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019 ini  merupakan program anjuran bersama HIKMAH Sarawak, Islamic Relief Malaysia & Baitulmal Sarawak. Perjalanan program ini telah bermula pada 8 Mei 2019 lepas sehingga 13 Mei 2019 ini untuk Fasa Pertama dan seterusnya pada 18 Mei – 26 Mei 2019 untuk Fasa Kedua.

Penyampaian sumbangan dalam Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019 Cawangan Miri di Masjid Darul Madinah, Kampung Kuala Sibuti
Jadual lokasi agihan sumbangan Program Safari Ramadhan HIKMAH 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here