9 Tips Untuk Ibu Bapa Mengetahui Dadah Jenis Syabu

0
11050
Harga syabu sangat mahal sehingga boleh mencecah RM60 ke atas untuk 100gm

KUCHING, 12 Mei 2019 (SNN)- Pengetahuan mengenai syabu penting buat ibu bapa. Ini kerana syabu adalah dadah yang popular di masa kini. Ianya membelengu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga boleh membuatkan mereka bertindak agresif untuk mendapatkannya. 

Antara tanda-tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah self-confident yang tinggi. Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama. Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun ianya hanya untuk seketika.

Mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip mata. Dalam situasi ini,  penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan paling tinggi pun boleh membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah tiada, bertambah resahlah mereka. 

Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang tu dia akan mengetap gigi, ada sesetengah tu akan basuh muka kerapkali, ada sesetengah tu mengesat-ngesat mata dan muka. Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu. 

Penagih syabu kerap mengalami emosi yang  tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Masa ini lah tiba-tiba keluar kisah cinta lama lah, sedih dengan masyarakat lah, kawan-kawan aniaya dia lah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang akan keluar dari mulut mereka.

Antara peralatan yang sering digunakan penagih syabu

Ramai penagih syabu ini sebenarnya meronta-ronta untuk cuba meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya adalah amat kuat sekali. Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya penagih syabu akan mengaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu. Kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu ini. Pada ketika inilah anda boleh lihat bomoh dan pawang-pawang diluar sana diperbodohkan oleh penagih syabu.

Ingat, dadah, khususnya syabu tidak mengenal usia, jantina, bangsa, pangkat, kaya atau kurang kemampuan. Sarawak dikatakan mempunyai jumlah pelajar yang paling ramai terjebak dalam penyalahgunaan dadah masa kini terutama syabu. Harganya yang mahal membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri. Jadi anda, perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai syabu untuk mengenalpasti sama ada orang terdekat khususnya anak-anak terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak. Justeru berikut disenaraikan 9 tips penting untuk ibubapa bagi memantau penagihan syabu di kalangan anak-anak.

1. Periksa beg mahupun bilik anak-anak kita yang balik dari sekolah. Mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun paling berisiko untuk terjebak

2. Waktu malam, anak-anak sepatutnya tidur, bukan berjaga atau membuat benda lain.

3. Tangan – Sekali sekala periksa lengan kiri dan kanan tangan anak, takut ada bekas suntikan (bagi yang menggunakan jarum suntikan). Ini bagi kategori yang kronik.

4. Mata – Lihat mata anak (jika mata nampak bersinar atau seolah-olah berkilat) maknanya mungkin baru ‘mengambil’ dan (jika nampak kuyu atau biru kehitaman, mereka tidak tidur akibat ‘mengambil’ dadah.

5. Sifat – Mudah marah tidak tentu pasal dan tiada selera makan.

6. Berinteraksi dengan mereka masa petang atau lapang dengan berbual-bual atau bersukan – Jikalau yang sudah menangih, anak-anak ini akan kurang bergaul atau bercakap dengan orang sekeliling. Mereka akan berasa malas untuk bersukan (kalau bersukan bau peluh mereka sangat lain dengan berbau masam seperti bau ubat atau kimia.)

7. Apabila berada di rumah atau bilik yang ‘beraircond’ tetapi mereka boleh berpeluh-peluh, itu tandanya mereka baru ‘mengambil’. Begitu juga kalau berada di rumah atau bilik panas, mereka menggigil kesejukan maknanya baru lepas ‘mengambil’.

8. Siapa tidak sayang anak, tetapi ketahuilah bahawa anak-anak kita ini pandai berlakon jika di depan kita iaitu ibu bapa mereka.

9. Kita kena bertegas. Biar menangis sekarang, menangis kemudian sudah terlambat.

9 tips untuk ibu bapa mengetahui dadah jenis syabu

Info yang ibu bapa perlu tahu tentang pengambilan dadah syabu

Ada dua (2) cara pengambilan iaitu:
1. Menggunakan jarum suntikan
2. Menyedut asap (chasing the dragon)

Jenis Dadah Syabu

1. Nama lain syabu ialah batu, ice dan kristral.
2. Harga semasa setiub syabu (0.5mg) kira-kira RM30 hingga RM50.

Sumber: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here