More
    Home Mangsa kebakaran dapat perhatian Residen Kuching

    Mangsa kebakaran dapat perhatian Residen Kuching

    KUCHING, 11 JULAI 2020 (SNN) : Mangsa kebakaran rumah di Kampung Muara Tebas hari ini mendapat perhatian daripada Residen Bahagian Kuching dalam satu lawatannya hari ini.

    Sherrina Hussaini ketika menziarahi dan melihat keadaan mangsa, Abu Bakar Ja di kampung Muara Tebas telah menyerahkan sumbangan dan bantuan baucer berjumlah RM2,000 yang diluluskan oleh Yayasan Sarawak bagi meringankan beban mereka.

    Beliau turut menyampaikan baucer bantuan pakaian seragam sekolah sebanyak RM200 kepada cucu mangsa yang masih bersekolah iaitu Mohamad Syah Iskandar Shamee sebagai persediaan persekolahan.

    Gambar: Residen melawat dan menyerahkan bantuan kepada mangsa

    Turut hadir dalam penyerahan bantuan adalah Pegawai Daerah Kuching, Awang Yusop Awang Mustapha.-sumber Ukas.Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...