Dr Masliza wanita pertama sandang jawatan Profesor Madya di Universiti Oxford dari Malaysia

0
95
Tahniah diucapkan kepada Dr Masliza Mahmod atas kenaikan pangkat bergelar Prof.Madya

Kuala Lumpur, 12 Julai 2020 (SNN) : Dr Masliza Mahmod mencipta sejarah buat Malaysia selepas dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya dalam bidang Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini. Ia menjadikan beliau wanita pertama dari Malaysia menyandang pangkat bergelar Prof.Madya di Universiti terkemuka tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu merakamkan ucapan tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat itu sekaligus mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

“Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan dan cabaran, kesungguhan dan minat mendalam dalam bidang penyelidikan klinikal menjadikan beliau seorang pakar kardiologi akademik yang unggul,” tambahnya lagi.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memberi fokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk penyakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes melitus.

Beliau yang berusia 47 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).

Dr Masliza yang kini berkhidmat di Universiti Oxford, UK.

Justeru, kejayaan beliau haruslah menjadi contoh buat rakyat Malaysia yang ingin berjaya dan terus berusaha dalam merealisasikan impian masing-masing. Tiada halangan untuk terus berjaya jika kita yakin dan tidak mudah putus asa.-BERNAMA.Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here