Covid-19: Sarawak catat dua kes positif dengan satu kematian hari ini

0
116
1 kes positif dan 1 kes kematian covid-19 direkodkan di Kuching hari ini

KUCHING, 11 JULAI 2020 (SNN) : Sarawak hari ini merekodkan dua (2) kes positif Covid-19 di daerah Kuching menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak setakat hari ini sebanyak 577 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan, kes pertama iaitu kes ke-576, seorang lelaki warga tempatan berumur 72 tahun. Beliau sebelumnya mendapatkan rawatan di Borneo Medical Centre (BMC) Kuching pada 9 Julai 2020 sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke wad isolasi selepas mengalami demam sejak 7 Julai lepas.

Beliau menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dan hasil ujian makmal RT-PCR COVID-19 mengesahkan beliau positif pada 10 Julai 2020. Keadaan bertambah teruk dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama akibat ‘Multi-organ failure due to pneunomia and covid-19’.

Kes 576 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang berkemungkinan mendapat jangkitan tempatan kerana tiada rekod perjalanan ke luar negara. Pengesanan kontak kes masih dijalankan punca jangkitan juga masih dalam siasatan.

Bagi kes kedua, kes ke-577 adalah kes import melibatkan lelaki warga tempatan selepas pulang dari United Kingdom. Ujian saringan RTK Antigen covid-19 ke atas lelaki itu dilakukan di pintu masuk antarabangsa KLIA pada 9 Julai 2020 adalah negatif.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, beliau terus dikuarantin di hotel dan sampel telah diambil pada hari kedua. Keputusan ujian rT-PCR mengesahkan beliau positif Covid-19 dan terus dibawa ke HUS untuk rawatan lanjut.

Setakat ini tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini. Pihak JPBN Sarawak mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.Nizal.

Kenyataan media JPBN Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here