More
    Home Malaysia catat 287 kes jangkitan tempatan Covid-19 hari ini

    Malaysia catat 287 kes jangkitan tempatan Covid-19 hari ini

    PUTRAJAYA, 02 OKTOBER 2020 (SNN) : Malaysia merekodkan 287 kes baharu positif Covid-19 pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes penularan tempatan tertinggi yang pernah dicatatkan di negara ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes berkenaan adalah penularan tempatan dengan menjadikan kes positif covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes.

    “Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,540 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

    “Negeri Kedah merekodkan jumlah kes terbanyak dengan 129 kes diikuti Sabah, 113 kes dan Selangor 31 kes,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

    Perincian terkini kes Covid-19 setakat 02 Oktober 2020

    Jelas beliau, daripada keseluruhan kes positif baharu sebanyak 20 kes adalah merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah dan menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu adalah sebanyak 139 kes.

    Dr Noor Hisham turut memaklumkan, hari ini terdapat 81 kes telah pulih sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 10,095 kes manakala 22 kes masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini dan empat darinya memerlukan bantuan penafasan.

    Ujarnya, tiada kes kematian direkodkan setakat hari ini dengan jumlah kes kematian kekal 136 kes.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...