More
    Home Cubaan melintas sempadan Sarawak berjaya dipatahkan ATM

    Cubaan melintas sempadan Sarawak berjaya dipatahkan ATM

    LUBOK ANTU, 03 OKTOBER 2020 (SNN) : Cubaan lintas batas di Persempadanan Sarawak-Kalimantan Barat gagal selepas berjaya dipatahkan oleh Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja dalam satu Op AWAS/KERIS PARANG di Sektor Lubok Antu pada 1 Oktober 2020.

    Semasa kejadian, kawalan telah dirancang di kawasan laluan haram Pondok John iaitu jarak 400 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

    Ketua Penempatan Pos Lubok Antu telah mendapat maklumat perisikan mengenai sekumpulan warga Indonesia dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan tersebut.

    Dalam pada itu, hasil pemeriksaan keatas mereka mendapati sekumpulan warga Indonesia itu didapati bersalah kerana aktiviti rentas sempadan tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

    Kenderaan yang digunakan untuk menyelinap masuk ke sempadan Malaysia-Indonesia

    Kesemua individu terbabit beserta barangan rampasan seperti telefon bimbit, motosikal, beg galas dengan nilai keseluruhan RM26,300 telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu untuk tindakan selanjutnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...