More
    Home Sarawak Limbang Banjir kilat; 3 keluarga di Long Sui, Lawas berjaya diselamatkan

    Banjir kilat; 3 keluarga di Long Sui, Lawas berjaya diselamatkan

    LAWAS, 02 OKTOBER 2020 (SNN) : tiga buah keluarga di Kampung Long Sui, Lawas yang terkandas akibat banjir kilat pada malam semalam berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi.

    “Pasukan Charlie seramai enam anggota yang diketuai PBK II (KUP) Awang Arizal bergerak ke lokasi kejadian sebelum memindahkan mangsa yang terkandas menggunakan bot penyelamat.

    “Seramai 25 orang terdiri dari 3 keluarga (4 lelaki dewasa, 7 perempuan dewasa, 5 kanak-kanak lelaki dan 9 kanak-kanak perempuan) yang diselamatkan ditempatkan di rumah saudara mangsa yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mangsa yang terkandas dipindahkan di rumah saudara mara masing-masing menggunakan bot

    Ujarnya, pemantauan banjir akan dijalankan di sepanjang Jalan Lawas Damit dan operasi menyelamat mangsa ditamatkan pada jam 1.00 pagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...