Isu Penyediaan Makanan Pelajar Baharu UNIMAS Semasa Minggu Aluan Pelajar Sesi 2019/2020

0
131
Sebahagian pelajar baharu UNIMAS Sesi 2019/2020

Kota Samarahan, 11 September 2019 (SNN)- Universiti    Malaysia    Sarawak    (UNIMAS)    tampil    memberi    penjelasan   dan   memperbetulkan   fakta   berkaitan   penularan   laporan    media    berkenaan    isu penyediaan  makanan    yang    disediakan semasa Minggu Aluan Pelajar Baharu Sesi 2019/2020. Minggu  Aluan  Pelajar  Baharu  UNIMAS  Sesi  2019/2020  bermula  pada 5 hingga 8 September 2019 di DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Pada  Sesi  2019/2020,  seramai  lebih  kurang  3,700  orang  pelajar  baharu  telah  mendaftar  dengan  Liaison  Officers yang  terdiri  daripada   pelajar-pelajar   senior   UNIMAS   seramai   369 orang. Jumlah   pelajar   yang   perlu   disediakan   minum   pagi,   makan   tengahari dan makan malam ialah seramai 4,069 orang.

Untuk agihan makanan kepada pelajar-pelajar baharu, seramai 17 katerer  telah  dilantik,  di  mana  15  katerer  yang  dilantik  adalah  katerer  dalaman  UNIMAS  dan  dua (2) katerer  adalah  dari  pihak  luar (untuk menyediakan makanan vegetarian dan Kentucky Fried Chicken).

Objektif pemilihan 17 katerer adalah untuk mempelbagaikan menu makanan, di   samping   memastikan   kualiti   dan   keselamatan   makanan  melalui  agihan  penyajian  di  kalangan  caterer  dalam  jumlah yang sesuai dan menyakini reputasi katerer dalaman dan luar yang dikenalpasti tahap kualiti dan keselamatan makanan.

Taklimat kepada pihak katerer oleh UNIMAS telah diadakan pada 25  Julai  2019  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  katerer  yang  bersedia  untuk  menyediakan  perkhidmatan  penyajian  semasa  Minggu    Aluan    Pelajar,    membincangkan    berkaitan    menu,    memberikan  penerangan  kepada  semua  katerer  berkaitan  Garis  Panduan  Penyajian  Makanan  dan  Minuman  serta  memberikan  taklimat    kualiti    dan    keselamatan    makanan    dan    kaedah    penyediaan holding sample.

Pada 7 September 2019, jam 9.00 malam, UNIMAS telah menerima laporan   berkaitan   bekalan   makanan   sarapan pagi (pada   6   September 2019) dan makan malam (7 September 2019) yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Perbincangan   dan   siasatan   segera   telah   dijalankan   dengan   bantuan pihak Liaison Officers dan dua katerer telah dikenal pasti berdasarkan  bukti  gambar  yang  tular  serta  dari maklum  balas  Liaison Officers.

Peringatan telah  dimaklumkan kepada  semua  katerer  terhadap  pematuhan  garis  panduan  yang  ditetapkan  susulan penerimaan laporan berkenaan.  UNIMAS  telah  berjumpa  dengan  kedua-dua syarikat  berkenaan  dan telah   berbincang   mengenai   tindakan   yang   akan   diambil   terhadap syarikat berkenaan.

Pihak katerer berkenaan juga telah diminta  untuk  mematuhi  garis  panduan  penyediaan  makanan  untuk penyediaan makanan pada hari berikutnya. Berdasarkan   kepada   pengagihan   kepada   17   katerer   untuk   penyediaan makanan, kedua-dua syarikat berkenaan telah diminta untuk  menyediakan  335  pek  makanan  kepada  pelajar-pelajar baharu bermula pada 5-8 September 2019.

UNIMAS  juga  telah  menyediakan  makanan  dari  Kentucky  Fried  Chicken  (KFC)  kepada  pelajar-pelajar  baharu  pada  7  September  2019   untuk   makan   tengah   hari   iaitu   2   ketul   ayam   goreng,      semangkuk  nasi  serta  air  mineral  dan  telah  diadakan  setiap  kali  Minggu Aluan Pelajar berlangsung saban tahun semenjak 2010.

UNIMAS   ingin   menegaskan bahawa   UNIMAS   tidak   akan   berkompromi    dalam    soal    menjaga    kualiti    makanan    yang    disediakan kepada pelajar-pelajar UNIMAS. UNIMAS  telah  menjalankan  aktiviti  MAP  sejak  lebih  26  tahun  yang  lalu  dan  tidak  pernah  menerima  apa  apa  aduan  mengenai kualiti  mahupun  harga  bagi  bekalan  makanan  yang  disediakan.

Dengan yang demikian, jika benar sekalipun dakwaan sepertimana yang diviralkan, ini merupakan kes yang dianggap amat terpencil. Ianya bukanlah kelalaian di pihak UNIMAS sebaliknya  kegagalan pihak   pembekal   yang   dipilih   untuk   memenuhi   kriteria   dan   standard yang telah ditetapkan UNIMAS.

Kenyataan oleh Prof Datu Mohd Fadzil Bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak.

UNIMAS menyediakan makanan  dari  Kentucky  Fried  Chicken  (KFC)  kepada  pelajar-pelajar  baharu  pada  7  September  2019   untuk   makan   tengah   hari  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here