Majlis Ikrar Pelajar Baharu UNIMAS Sesi 2019/2020

0
299
Para pelajar baharu merakamkan gambar kenangan bersama para tetamu kehormat pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS.

KOTA SAMARAHAN, 7 September 2019 (SNN) : Seramai 3,467 orang pelajar pra Siswazah dan 267 orang pelajar Pasca Siswazah baharu UNIMAS bagi kemasukan Sesi 2019/2020 telah melakukan majlis ikrar pelajar baharu bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS pagi tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mewakili Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai dan kakitangan UNIMAS lain.

Dalam teks ucapan Naib Canselor UNIMAS yang dibacakan oleh Profesor Dr Wan Hashim telah mengucapkan tahniah kepada pelajar baharu UNIMAS dan berharap pelajar baharu dapat menggunakan peluang menimba ilmu di Universiti dengan sebaik mungkin.

Penyerahan watikah ikrar pelajar dari salah seorang wakil pelajar baharu kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie.

Dr Wan Hashim berkata, barisan pelajar baharu ini merupakan golongan yang bertuah kerana menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti-universiti tempatan di negara ini.

Oleh demikian, jelas beliau, pelajar baharu haruslah berusaha untuk membuktikan diri mereka mampu dan boleh menjadi seorang siswa-siswi yang cemerlang, berdaya saing, bertanggung jawab, beryakinan tinggi dan beretika.

Katanya, kecemerlangan dalam pengajian sudah pasti akan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri dan keluarga malah akan membantu dalam pembangunan negara.

Sementara itu, MIP adalah kemuncak kepada Minggu Aluan Pelajar (MAP) yang diadakan selama satu minggu selepas pelajar baharu mendaftarkan diri di Universiti ini pada 3 hingga 4 September lepas.

MIP adalah program lafaz ikrar pelajar dan sebagai tanda pelajar baharu akan mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan peraturan Universiti serta iltizam untuk memanfaatkan peluang dan menjaga nama baik universiti ini.

Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here