Bandaraya Kuching alami jerubu paling teruk

0
173
Pemandangan Sungai Sarawak dari Jambatan Satok

KUCHING, 6 September 2019 (SNN) – Bandaraya Kuching alami jerubu paling teruk pada awal pagi ini. Penglihatan boleh dianggarkan sejauh 200 meter. Walaupun penduduk bandaraya ini telah menyaksikan fenomena jerubu semenjak dua bulan lalu tetapi pagi ini adalah yang paling teruk. Bagaimanapun keadaan kehidupan dan trafik berjalan seperti biasa.

Pemandangan di simpang RTM, kelihatan bangunan muzium baharu. Gambar SNN.

Hampir setiap tahun Sarawak dan Kalimantan menghadapi masalah jerubu yang disebabkan oleh pembakaran hutan dan ladang. Terdapat kebakaran disebabkan oleh keadaan kemarau yang panjang seperti di Miri, Sarawak. Asap tebal yang berlarutan biasanya akibat kebakaran tanah gambut. Di sini terdapat api dalam sekam di dalam tanah gambut. Tetapi banyak juga pembakaran untuk kebun dan ladang di Kalimantan dan Sarawak, khususnya ladang kelapa sawit yang sangat luas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here