More
    Home Lelaki temui ajal selepas pulang daripada mengajar kelas agama

    Lelaki temui ajal selepas pulang daripada mengajar kelas agama

    01 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang lelaki temui ajal semasa dalam perjalanan pulang daripada kelas agama di Baitulrahmah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Tan Sri Abang Ikhwan, semalam.

    Menurut Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu, kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam itu melibatkan dua buah motosikal yang bertembung antara satu sama lain sebelum mangsa yang maut dilanggar oleh sebuah kereta yang melintasi kawasan terbabit.

    “Kejadian itu dikatakan berpunca daripada motosikal mangsa cuba memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapan ketika bergerak menuju ke bulatan Jalan Depo sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang bergerak dari arah bertentangan.

    “Mangsa, Muhammad Amilluddin Mansor, 24, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak manakala seorang lagi mangsa dalam keadaan kritikal dan masih dalam rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pasukan penyelamat tiba ke lokasi sebelum menghantar mangsa yang cedera ke HUS untuk menerima rawatan

    Tambahnya, mangsa yang berada dalam kereta tertabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...