More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi serah rumah yang telah siap dibina kepada penerima di bawah...

    Datuk Julaihi serah rumah yang telah siap dibina kepada penerima di bawah MRP-PPRMS

    SEBUYAU, 02 DISEMBER 2020 (SNN) : Semalam berlangsungnya majlis penyerahan rasmi rumah yang telah siap dibina di bawah program Projek Kecil Luar Bandar-Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) yang melibatkan seorang penerima daripada Kampung Segai, Sebuyau.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi hadir sebagai perasmi sekaligus wakil menyerahkan kunci kepada penerima iaitu saudara Mahdi Bin Busri.

    “Sepanjang program seperti ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sarawak, seramai 118 keluarga/penerima sekitar sebuyau sahaja telah mendapat manfaat daripada bantuan yang telah diusahakan dalam membantu golongan miskin untuk menambahbaik rumah mereka,” katanya.

    Turut hadir sama dalam majlis berkenaan Residen Samarahan Tn Hj Berahim Lumpu,SAO Ajis Ahmad, Penghulu Merum Babu dan KK Kpg Segali Abu Bakar Bin Wahab serta para pemimpin tempatan.

    Datuk Julaihi bergambar bersama ahli keluarga penerima

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...