More
    Home Sarawak Bintulu Dipercayai hilang kawalan, kereta terjunam ke dalam sungai Kemena, Bintulu

    Dipercayai hilang kawalan, kereta terjunam ke dalam sungai Kemena, Bintulu

    BINTULU, 01 DISEMBER 2020 (SNN) : Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam sungai di warf JKR Sebauh, Bintulu malam semalam.

    Menurut Komander Operasi PBK II, Stephen Plan, kejadian itu berlaku pada jam sekitar 8.03 malam, namun jenis kenderaan masih tidak diketahui dan juga dikhuatiri mangsa tenggelam bersama-sama kereta berkenaan.

    “Operasi mengesan lokasi kereta berkenaan terpaksa menggunakan kaedah “Grapping iron” ekoran arus sungai yang deras dan kawasan sungai terbabit dikatakan wujud hidupan buas iaitu buaya.

    “Setakat ini tidak dapat dipastikan berapa jumlah mangsa yang terlibat dan maklumat keluarga juga tidak diketahui.” katanya dalam satu kenyataan.

    Ujarnya, Pos Kawalan Bomba (PKTK) juga dibuka berdekatan dermaga berkenaan bagi menempatkan beberapa anggota bomba untuk bersiap-siaga.

    Kereta mangsa yang sempat dirakam oleh orang awam sebelum tenggelam ke dasar sungai

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT attends Sarawak Hijrah year-end, new year prayer ceremony in Miri

    0
    MIRI (June 17): The Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk...