More
    Home Lelaki kategori OKU mengusahakan kebun sayur hidroponik wajar dijadikan contoh

    Lelaki kategori OKU mengusahakan kebun sayur hidroponik wajar dijadikan contoh

    MIRI, 28 OGOS 2020 (SNN) : Usaha seorang lelaki warga emas yang dikategorikan sebagai Orang Kelaian Upaya (OKU) dalam mengusahakan kebun sayur di kawasan rumah dengan menggunakan kaedah hidroponik wajar dicontohi oleh orang ramai.

    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha yang dilakukan Ng Sze Liang ini wajar dijadikan contoh kepada setiap OKU untuk menjana pendapatan dengan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

    “Ini adalah satu contoh yang baik kepada mereka yang dikategorikan sebagai OKU dalam menggunakan akal fikiran dan inovasi untuk menghasilkan sesuatu yang boleh mendatangkan hasil walaupun pendapatan bulanan sekitar RM200 setidak-tidaknya dapat menambah pendapatan sendiri,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Kebun Ng Sze Liang (OKU) di Lorong Desaras, Tudan Fasa 6, Miri pada Selasa.

    Dato Fatimah melihat kawasan kebun hidroponik yang diusahakan oleh Ng Sze Liang

    Tambah beliau, dengan adanya bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak serta inovasi dari penggunaan lampu LED dijangka dapat meningkatkan hasil pendapatan berlipat kali ganda.

    Turut hadir sama Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Pengiran Mohamad Najib.-Sumber Ukas. Nizal,

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...