More
    Home Lain-lain Tujuh penghuni hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran

    Tujuh penghuni hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran

    SRI AMAN, 27 OGOS 2020 (SNN) : Tujuh penghuni hilang tempat tinggal selepas terlibat dalam satu kebakaran rumah sewa di Jalan Kejatau, di sini pagi tadi.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 9.34 pagi lalu mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

    “Saksi kejadian menjelaskan, api mula marak di bahagian dapur sebelum memusnahkah 100 peratus rumah kediaman dua tingkat jenis tidak kekal serta tiga buah unit motosikal,” kata kenyataan itu.

    Maklumat awal mendapati, seramai tujuh orang penyewa rumah tersebut termasuk seorang kanak-kanak sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang awam.

    Pihak bomba berusaha memadam api kebakaran

    Operasi memadam api kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 9.50 pagi dan tiada kemalangan jiwa terlibat.

    Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.45 pagi.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...