More
    Home Krisis air Kabong, Abang Jo turun padang

    Krisis air Kabong, Abang Jo turun padang

    Kabong, 21 Mei 2018 (SNN) – Krisis bekalan air terawat kembali berulang di Kabong. Ramai penduduk mengadu tidak mendapatkan bekalan air bersih terawat sejak berbulan yang lalu.

    Salah seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Salma, 58 berkata masalah bekalan air di Kabong sangat menggangu urusan seharian penduduk

    “Kami bergantung dengan air hujan. Kalau tak hujan habis air, tong kosong. Ada bantuan air yang dibawa dengan lori tapi air tak cukup untuk diagihkan kepada penduduk.”

    “Kepada pihak yang berkenaan dan menteri yang bertanggungjawab tolonglah dengar masalah kami dan bantulah kami yang tersiksa kerana tak ada bekalan air ini.”

    Krisis air yang menjejaskan 9 buah kampung di kawasan Kabong dengan penduduk seramai 4442 orang dikatakan berpunca daripada kerja-kerja pembaikian jalan yang merosakan paip 500mm yang membekalkan air ke kawasan-kawasan terjejas.

    Dalam pada masa yang sama lori-lori daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sedang giat mengedarkan bekalan air terawat di beberapa buah kampung terjejas. Kakitangan JBALB memaklumkan, punca krisis bekalan air yang berlaku di Kabong adalah akibat aktiviti pembinaan jalan raya yang menyebabkan kerosakan pada paip 500mm yang membekalkan air ke kampong-kampong disekitar Kabong dan Roban. Pihaknya kini sedang mengerahkan lori-lori bekalan air terawat setiap hari di Kabong hingga keadaan kembali normal.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg dijangka mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan terjejas jam 2.00 petang hari ini.

    Selain itu, NGO tempatan, Persatuan Anak Kabong (PAK) dimaklumkan akan menghantar surat khas kepada YAB Abang Johari berkenaan masalah tersebut. Jurucakap PAK, Haji Samsu Johari memaklumkan, surat berkenaan adalah bagi memohon kepada kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan segera di samping merangka usaha-usaha jangka panjang dan pendek bagi mengatasi isu berkenaan. Pihak mereka mengusulkan kepada pihak kerajaan negeri supaya dapat membekalkan 650, 000 liter padu bekalan air bersih terawat.

    Seramai 4442 orang penduduk di kawasan Kabong terjejas dengan krisis bekalan air terawat yang melanda kawasan berkenaan. Angka berkenaan termasuklah 2164 orang pelajar sekolah yang meneruskan sesi persekolahan minggu ini.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...