More
    Home Efektif dan efisyen menjalankan tugas - Tun Dr Mahathir Mohamad

    Efektif dan efisyen menjalankan tugas – Tun Dr Mahathir Mohamad

    Putrajaya, 21 Mei (SNN) – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tidak berhasrat menambah pegawai atau menubuhkan institusi baharu untuk mencapai matlamat negara.

    Beliau dalam ucaptama perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, institusi sedia ada akan digembeling bagi memastikan matlamat dicapai dengan sumber sedia ada.

    Kita yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada pada pentadbir sendiri dan kerajaan yang telah dipilih sendiri oleh rakyat, kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatkan kos pentadbiran negara – Tun Dr Mahathir Mohamad

    YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melahirkan ucapan terima kasih dan syukur atas kerjasama diberikan oleh warga penjawat awam dalam pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Harapan dalam status facebooknya.

    Berkata dalam perjumpaan pertama beliau bersama warga JPM, Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa perubahan hanya dapat dilakukan apabila maklumat mencukupi telah diperolehi. Beliau turut menyeru warga kakitangan awam supaya bersikap cekal menghadapi cabaran mendatang. Katanya, “Kita boleh lawan seluruh dunia dan ini telah kita buktikan apabila mata wang kita diserang (krisis kewangan 1997/1998), kita dapat hadapi masalah yang besar ini kerana kita bekerja ke satu arah sahaja (iaitu) untuk mempertahankan negara kita”.

    Intisari ucapan beliau juga menyentuh mengenai penguasaan teknologi dalam kalangan penjawat awam. Menurutnya, penguasaan teknologi penting bagi menarik pelabur-pelabur asing. Beliau berharap, penjawat-penjawat awam berupaya menguasai perubahan-perubahan teknologi yang berlaku pada masa kini bagi memastikan perindustrian negara dapat disokong oleh sistem birokrasi yang lancar.

    Turut mengiringi kehadiran beliau ialah (daripada kiri) Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Tun Dr Siti Hasmah Muhammad Ali dan Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

    Beliau pada itu memberi ucaptama dalam perjumpaan bersama seluruh warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, awal pagi hari ini. Turut hadir bersama ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali

     

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...