More
    Home Krisis air belum temui jalan keluar

    Krisis air belum temui jalan keluar

    LAWAS 2 JULAI 2020 (SNN) : “Krisis air belum temui jalan keluar,” itulah situasi yang boleh digambarkan berlaku di kawasan kampung Punang dan Awat-Awat Lawas pada ketika ini. Masalah air yang tiada penghujungnya sejak 15 tahun dahulu melanda kampung tersebut. Semalam beberapa penduduk dari dua kampung tersebut meluahkan kekecewaan mereka terhadap Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) kerana didakwa masih gagal menyelesaikan masalah itu sehingga kini.

    Kekecewaan itu ditunjukkan dalam satu perhimpunan awam dengan membawa sepanduk selain mengemukakan bantahan terhadap pengarah JBALB yang menuduh penduduk dikawasan itu sebagai tidak bekerjasama seperti dalam laporan akhbar tempatan yang disiarkan pada 23 Jun lalu. “Kami wakil penduduk kampung Punang membantah sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat pihak JBALB terhadap kami,” ujar wakil penduduk Mohd Raffaeh.

    Penduduk kampung berhimpun secara aman mebantah tindakan JBALB

    Ujar mereka lagi, JBALB perlu berhenti mempolitikkan isu air sebaliknya mengatasi dengan kadar segera. Tambah mereka lagi, merekalah yang menagih kerjasama daripada pihak JBALB untuk membekalkan air yang selamat diminum dan bekalan berterusan kepada penduduk kampung selaras dengan kenyataan misi JBALB.

    “JBALB sering berjanji akan menyelesaikan masalah air di kawasan ini namun sehingga kini mereka gagal menyelesaikan masalah yang membebankan rakyat,” katanya kepada media semalam. Jelas mereka isu air bersih bukanlah satu keistimewaan tetapi hak mutlak setiap manusia.

    Menurut mereka, penduduk dikawasan ini telah lama bersabar serta memerhatikan tindak-tanduk JBALB yang memberi pelbagai alasan walaupun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.8 billion untuk seluruh negeri.

    Keratan akhbar lain yang menyatakan isu yang sama di Lawas

    Pada 23 Jun lalu, pengarah JBALB telah mengeluarkan satu kenyataan yang menuduh penduduk Punang dan Awat-Awat tidak bekerjasama dengan agensi itu.

    Jelasnya, berharap agar masalah bekalan air bersih ini dapat diselesaikan lebih efisen supaya penduduk sekitar tidak lagi terbeban dengan masalah itu.-Sumber Utusan Borneo. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...