More
    Home Lain-lain Covid-19 : Jangkitan kini mencecah lebih 10.6 juta kes

    Covid-19 : Jangkitan kini mencecah lebih 10.6 juta kes

    Jumlah kes positif covid-19 di seluruh dunia dijangka terus meningkat. Jangkitan telah mencecah lebih 10,644,064 kes setakat pagi khamis waktu Malaysia. Menurut data terbaru Johns Hopkins University, jangkitan ini melepasi 10 juta dan ia amatlah membimbangkan.

    Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kes kumulatif sebanyak 2.7 kes manakala Brazil pula mencatatkan angka jangkitan sebanyak 1.4 juta kes menjadikan negara itu yang kedua paling teruk terjejas akibat covid-19.

    Jangkitan di Rusia pula melepasi 653,000 kes dan negara keempat dan kelima yang mencatatkan kes tertinggi ialah India dan United Kingdom masing-masing sebanyak 585,000 dan 314,000 kes. Negara-negara lain yang turut mencatat angka kes yang tinggi ialah Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran dengan catatan kes melebihi 200,000 jangkitan.

    Jumlah kes setakat 1 Julai 2020

    Justeru, penularan wabak ini terus menunjukkan peningkatan kes yang mana menjadikan pandemik ini adalah terburuk pernah melanda dunia.-Sumber Awani. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...