Geng pecah rumah tumpas di Miri

0
177
Enam lelaki dicekup pihak polis semasa operasi

MIRI, 03 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Enam lelaki yang merupakan geng penyamun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi motosikal dan pecah rumah di sekitar Bandar Permyjaya di sini.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek ditahan semasa operasi yang dijalankan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri, sekitar jam 6.30 pagi hingga 1.50 tengah hari Selasa lalu.

“Suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun itu ditahan dibeberapa lokasi berasingan di Bandar Baru Permyjaya.

“Empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Berhubung dengan penahanan itu berjaya merungkai kes jenayah berkenaan pecah rumah dan curi motosikal di sekitar bandar itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.-Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here