More
    Home Lain-lain Kompleks Kubah Ria beroperasi seperti biasa- SEDC Sarawak

    Kompleks Kubah Ria beroperasi seperti biasa- SEDC Sarawak

    KUCHING, 29 JULAI 2020 (SNN) : Kompleks Kubah Ria masih dibuka kepada orang ramai dan akan beroperasi seperti biasa tidak seperti apa yang tular di media sosial baru-baru ini berikutan wujud Kluster Pasar Satok semalam.

    Pihak pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) hari ini mengumumkan hal tersebut dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Kluster Pasar Satok tiada kaitan dengan Kompleks Kubah Ria malah hanya kawasan sekitar Pasar Satok sahaja yang didapati positif Covid-19.

    Baru-baru ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengisytiharkan Kluster Pasar Satok selepas terdapat empat kes positif masing-masing di kalangan peniaga di pasar itu.

    Pihak SEDC turut menasihatkan agar orang ramai tidak mempercayai khabar angin mengenai Kompleks Kubah Ria yang terlibat dalam kawasan Kluster Pasar Satok sepertimana diumumkan pihak JPBN Sarawak kerana premis berkenaan berasingan.

    Kompleks Kubah Ria

    Kesemua peniaga di Kompleks Kubah Ria kekal menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa mengikut standard prosedur operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak JPBN Sarawak dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...