More
    Home Lain-lain Masyarakat Long Bedian kini dapat menikmati bekalan air bersih mencukupi- Dato Stephen...

    Masyarakat Long Bedian kini dapat menikmati bekalan air bersih mencukupi- Dato Stephen Rundi

    MIRI, 29 JULAI 2020 (SNN) : Masyarakat di sekitar kawasan Long Bedian kini bakal mendapat manfaat bekalan air bersih yang mencukupi selepas Projek Cadangan Bekalan Air Long Bedian kini siap.

    Menteri Utiliti Dato Dr Stephen Rundi Anak Utom berkata dalam satu kenyataan, projek ini dilaksanakan di bawah Program Grid Bekalan Sarawak yang dilaksanakan Kementerian Utiliti dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM4,945,000.

    “Masyarakat Long Bedian kini akan mempunyai bekalan air yang mencukupi dengan penyiapan kerja-kerja peningkatan ke loji rawatan air dan saluran paip pengedaran utama.

    “Projek ini akan menguntungkan sekurang-kurangnya 400 buah isi rumah serta sekolah rendah dan klinik yang ada di kawasan ini,” katanya.

    Kerja-kerja penambahbaikan masih dalam proses.

    Projek ini merupakan inisiatif dari Kerajaan Sarawak bagi memenuhi keperluan air di Long Bedian dalam jangka masa panjang apabila kerja-kerja penambahbaikan itu nanti siap sepenuhnya.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...