Pelanjutan dan Penangguhan Pembukaan semula Sesi Persekolahan bagi Daerah Kuching, Padawan dan Samarahan

0
88
Hari ini dua kes positif dilaporkan di Kuching dan Samarahan

KUCHING, 29 JULAI 2020 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan pembukaan semula sesi persekolahan bagi 164 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di Daerah Kuching, Padawan dan Samarahan yang sebelum ini telah diumumkan bermula 3 Ogos 2020 ditangguhkan ke 17 Ogos 2020.

Keputusan itu dibuat atas nasihat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara, Sarawak dan persetujuan semua pihak yang terlibat.

Penangguhan pembukaan semula sesi tersebut melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1,2,3 dan 4, Tingkatan 6 Rendah dan sekolah rendah Tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Turut diperluaskan bagi dua puluh lima (25) buah sekolah di daerah Padawan dan 24 buah sekolah di Samarahan.

Secara keseluruhannya sebanyak 213 buah sekolah di tiga daerah terlibat ditangguhkan pembukaan semula sesi persekolahan sehingga tarikh diberitahu kelak. Bagi kelas Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa.-Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here