Jambatan Batang Lupar 2 dijangka siap pada suku ke-3 2024

0
105
Simoi mendengar taklimat ringkas berkenaan status projek jambatan.-Gambar Ukas

LINGGA, 08 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 yang dijangka siap pada suku ke-3 tahun 2024 itu merupakan salah satu daripada pakej ‘Second Trunk Road Project’ yang diluluskan oleh kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, projek berkenaan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sarawak yang menelan kos sebanyak RM223.633 juta untuk pembinaan jambatan dan jalan sepanjang 2.15 kilometer.

“Hasil maklumat yang diperolehi projek berkenaan kini baru 0.17 peratus dilaksanakan bermula pada Jun lepas dan jangkaan siap adalah pada suku ke-3 tahun 2024.

“Setelah projek jambatan sepanjang 870 meter itu siap kelak, ianya akan menjadi Jambatan Kabel (Longest Cable Stay Bridge) pertama terpanjang di Sarawak,” katanya semasa melakukan lawatan projek Jambatan Batang Lupar 2 di sini, hari ini.

Tambahnya, pembinaan jambatan berkenaan akan memendekkan perjalan dari bandar Sri Aman ke Betong dengan jarak hanya lebih kurang 27 kilometer.

ADUN Lingga melihat tapak projek jambatan berkenaan

Dimaklumkan juga, status projek berkenaan telah terlewat 79 hari akibat daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana projek itu sepatunya bermula pada Mac 2020.

Turut hadir sama Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee.-Sumber Ukas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here