Kit Pemeriksaan ‘SigekKitak, SigekKamek’ Kaedah Pertama Cegah Kanser Servix Di Sarawak

0
548
Fatimah bersama tetamu yang hadir pada pelancaran Kempen ‘SegikKitak, SegikKamek’ di Launcing Pink & Teal: HPV Self Testing For Prevention of Cervical Cancer di City One Mall, semalam

Kuching, 09 April 2019 (SNN)- Kit pemeriksaan ‘SigekKitak, SigekKamek’ merupakan kaedah pertama yang digunakan untuk mencegah kanser servix di Sarawak. Ini memandangkan dalam tempoh 2012 hingga 2016, tidak terdapat pengurangan kes kanser servix yang ketara di Sarawak. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata dalam tempoh tersebut sebanyak 598 kes kanser servix telah dicatatkan di Sarawak. “Sejak tahun 2012 hingga 2016 sebanyak 598 kes kanser servix telah dicatatkan di Sarawak”.

“Pada tahun 2018 pula, terdapat 120 kes kanser servix telah dicatatkan di Sarawak, iaitu dalam tempoh 3 hari terdapat satu kes dilaporkan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Launcing Pink & Teal: HPV Self Testing For Prevention of Cervical Cancer di City One Mall, semalam.

Pada majlis berkenaan, Fatimah turut melancarkan kit pemeriksaan kendiri HPV, ‘SigekKitak-SigekKamek’ untuk diagihkan kepada golongan wanita kurang berkemampuan. Beliau berkata, menerusi kit ‘SigekKitak-SigekKamek’ pemeriksaan kendiri tidak lagi mendedahkan identiti wanita yang mempunyai sikap pemalu dengan sasaran 90 kit akan diedarkan secara bulanan membabitkan kawasan penempatan pedalaman.

Sekurang-kurangnya satu kes disahkan kanser pangkal rahim bagi setiap tiga hari direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) tahun lalu, yang kebanyakan kes berpunca sikap malu untuk melakukan pemeriksaan. Dalam tempoh berkenaan, sejumlah 120 kes baharu kanser berkenaan dilaporkan HUS. “Sejak 2012 hingga 2016, kita mendapati tiada penurunan signifikan kanser serviks dalam kalangan wanita negeri ini berikutan kesedaran untuk melakukan pemeriksaan kendiri yang masih rendah”.

“Berbanding di negara maju, kanser serviks tidak berada dalam kelompok 20 penyakit utama dihidapi wanita dari negara maju terbabit, kesan daripada program pemeriksaan yang berkualiti,” katanya . Bermula 2012, kes kanser serviks membabitkan 154 kes, 2013 (106 kes); 2014 (119 kes), 2015 (110 kes) dan 2016 (109 kes).

Fatimah ketika mengulas lanjut berkata, selain sikap pemalu melakukan pemeriksaan awal, faktor lain menyumbang kepada kanser ialah kekurangan liputan pemeriksaan dan kekangan melakukan pemeriksaan susulan. Mengulas lanjut kanser servix ini, Fatimah menjelaskan kanser sersix ini merupakan penyakit kedua tertinggi yang dicatatkan di Malaysia.

“Kanser ini telah menyebabkan 1/4 juta kematian di dunia iaitu 85 peratus dari negara-negara membangun. “Bagaimanapun, kanser servix ini akan berkurangan kepada 90 peratus apabila ianya dicegah melalui vaksin dan pemeriksaan.  “Berbanding negara maju, kanser servix ini bukanlah menduduki tempat teratas di mana kaedah pemeriksaan mereka sangat diperakui,” tambahnya. 

“Cabaran besar kita satu-satu klinik hanya mampu menawarkan khidmat tujuh ‘pap smear’ dalam sebulan, dan pada masa sama terpaksa memberi khidmat kepada 1,500 hingga 2,000 wanita berusia 25 hingga 65 tahun,” katanya. Mengenai cara mengatasi kanser servix ini, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan wanita sama ada yang tinggal di pedalaman dan bandar.

“Bagi wanita yang tinggal di pedalaman, mereka ini boleh melakukan ujian pemeriksaan selepas selesai melakukan ‘screen circuit’ terhadap payu dara, pelvik dan kesihatan gigi mereka. Sementara, wanita yang tinggal di bandar mereka boleh membeli kit yang diterima melalui mel. ‘drop off’  yang akan bermula seminggu dari tarikh ujian (sekali sebulan). Hasil dan akan ada ‘follow up’ melalui sistem pesanan ringkas (SMS)/Whatsapp kepada nombor telefon yang telah didaftarkan.  Mereka boleh melakukan ‘drop off’ di Gerai City One Pink & Teal, Klinik O&G, Hospital Besar Sarawak dan klinik O&G Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” jelasnya.

Pink and Teal yang dilancarkan ini bertemakan ‘SigekKitak, SigekKamek- Kempen Pemeriksaan Servikal’ yang mengunakan cara D.I.Y (do it yourself) merupakan kaedah yang pertama di Sarawak.  Setiap pembelian kit yang telah dibeli akan didermakan satu kit kepada wanita yang kurang bernasib baik.  Sementara itu, turut diadakan Larian Maraton Pink & Teal yang menggunakan kasut tinggi sejauh 400 m yang pertama kali diadakan di Sarawak dan pertandingan ‘Women’s Half Marathon’.

Hadir sama wakil Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Dr Tan Cheng Siang, wakil Pengurus Besar Borneo Indah Cik Foo Yi May, Presiden Pengasas Pink & Teal Dr. Abigail Jerip, Pengarah Cityone Megamall Stephen Long dan Pengurus Besar Cityone Megamall Brandon Lo. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here