More
    Home Ketua Keluarga Disaran Menjaga Dan Memelihara Kesihatan Demi Kesejahteraan Keluarga

    Ketua Keluarga Disaran Menjaga Dan Memelihara Kesihatan Demi Kesejahteraan Keluarga

    KUCHING, 24 Ogos 2019 (SNN)- Ketua keluarga sama ada suami dan isteri perlu mengambil berat dalam penjagaan kesihatan di dalam keluarga supaya dapat menjalani kehidupan sihat dan sejahtera.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Yang Berhormat Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni jika suami atau isteri atau kedua-dua mereka tidak sihat maka ia boleh menjejaskan kehidupan keluarga termasuk sosioekonomi.

    “Kesihatan perlu dijaga memandangkan kes penyakit berpakej ini kini semakin banyak dihidapi mereka yang mula meningkat usia. Jika tidak, ia akan membataskan kita melakukan kerja-kerja harian yang merupakan punca kepada pendapatan keluarga selain menganggu kerjaya disebabkan selalu tidak dapat turun bekerja.

    “Untuk itu, kita perlu mempunyai kesihatan yang baik dan kegembiraan bagi membolehkan kehidupan kita lebih baik,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Perasmian Penutupan Kem Kesihatan Bersama Komuniti 2019 anjuran Klinik Kesihatan dan Kospen Kampung Goebilt di Dewan Datuk Seri Dr. Hj Wan Junaidi, pagi ini.

    Dr Hazland berucap sempena Perasmian Penutupan Kem Kesihatan Bersama Komuniti 2019 anjuran Klinik Kesihatan dan Kospen Kampung Goebilt di Dewan Datuk Seri Dr. Hj Wan Junaidi, pagi ini

    Beliau turut memberitahu klinik-klinik kesihatan yang ada di kampung di dalam DUN Demak Laut telah mempunyai doktor selepas permintaannya diadakan sejak beberapa tahun yang lepas.

    “Tiga klinik kesihatan di DUN Demak Laut iaitu di Klinik Kesihatan Kampung Bako, Klinik Kesihatan Kampung Muara Tebas dan Klinik Kesihatan Kampung Beradek Semilang.

    “Nisbah doktor dengan penduduk mestilah merangkumi seorang doktor bersamaan maxima 2,000 pesakit. Atas sebab beberapa kampung di zon Bako ini mempunyai jumlah penduduk yang ramai membolehkan doktor di tempatkan di tiga klinik kesihatan. Begitu juga Klinik 1Malaysia yang turut berjaya menempatkan doktor di Simpang Empat( Demak Laut Commercial Centre) dan Muara Tabuan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut,” ujarnya.

    Pada majlis itu, Dr Haji Hazland turut mengumumkan geran berjumlah RM5,000 kepada setiap Kospen di lima buah kampung antaranya Kampung Goebilt, Kampung Bako Lot, Taman Mesra Bako, Kampung Bako Hilir dan Kampung Muara Tebas. Juga, diadakan pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan masakan makanan sihat dan sukaneka.

    Hadir sama Pegawai Perubatan Bahagian Kuching Dr Azlee bin Ayub, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bako Laksamana bin Haron dan Ketua-Ketua Masyarakat Zon Bako.

    Turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat
    Dr Hazland turut meninjau pameran kesihatan yang turut diadakan
    Pertandingan masakan makanan sihat juga merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Perasmian Penutupan Kem Kesihatan Bersama Komuniti 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...