Kesedaran dan Pemahaman Tentang Talasemia di Sarawak Masih Rendah

0
736
Sebahagian peserta yang hadir pada Program Eduvariom yang diadakan di SMK Batu Lintang, Kuching

Kuching, 11 April 2019 (SNN)- Kesedaran dan pemahaman orang awam di Sarawak kini mengenai penyakit Talasemia masih rendah. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UNIMAS, Prof Datuk Fadzil Abdul Rahman berkata penyakit genetik ini sering disalah erti oleh masyarakat dan sering dikaitkan dengan sumpahan keturunan, di samping ada juga suku kaum yang menganggap mereka kebal dari penyakit ini, tambahnya.

Oleh itu, jelas beliau melalui Program Eduvariom yang diadakan di SMK Batu Lintang dan pertama kali di Sarawak ini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda tentang penyakit Talasemia. “Kini dengan lebih 30 suku kaum dari pelbagai agama dan keturunan, Sarawak memberikan penonton yang lebih rencam untuk forum seperti ini bagi memupuk kesedaran dan pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan ujian saringan penyakit genetik”.

“Forum bertajuk ‘Bisakah dia Nikahi Aku’, melalui platform ini pelajar boleh mendengar pengalaman sebenar dari pesakit dan doktor turut menerangkan asas saintifik penyakit keturunan ini, Tidak semua yang indah akan berlaku kerana akan ada keluarga yang diduga dengan penyakit keturunan genetik ini,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Dr Muhammad Hamdi Mahmood. Beliau turut menerangkan bahawa rakyat Sarawak harus mencontohi negara jiran Singapura yang kini telah menghampiri sifar talasemia kerana kesedaran mereka yang tinggi.

Selain itu, program yang turut mendapat kerjasama dari Universiti Sains Malaysia (USM) bersama dengan Univeriti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini jelasnya turut telah diharmonikan melalui setiap perbezaan yang wujud dari sudut pelbagai agama, dan semua ini amat payah diperolehi melainkan di Sarawak. Oleh itu pihaknya telah menjemput tiga ahli panel utama iaitu Dr Ainul Nadiah Nawi dari Hospital Umum Sarawak, Pastor Ambrose Liap dari Pertubuhan Gereja Sarawak dan Ustaz Abdul Rahim Othman dari Institut Islam Malaysia Sarawak. Manakala moderator Sarmandi Nawi guru SMK Batu Lintang.

Beliau berharap dengan program sebegini melalui koloborasi Hep UNIMAS dengan Malaysian Node of The Human Variome Project (MyHVP), USM, SMK Batu Lintang bersama dengan pihak yang lain akan diteruskan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Kira -kira 80 pelajar dari Tingkatan 6 Atas SMK Batu Lintang telah hadir ke program berkenaan. Agensi yang terlibat untuk program ini ialah UNIMAS, USM, Kuching Specialist Hospital, Persatuan Talasemia Sarawak, Kolej Kasturi Unimas, Apex dan MyHVP.

Turut hadir mewakili penaung Malaysian Node of Human Variome Project Prof Dr. Zilfalil Alwi ialah penyelaras program dari USM Dr Nik Nurliza Nik Hassan, Pengetua SMK Batu Lintang, Bahtiar Afandi dan guru-guru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here