Belia Kampung Semilang Tidak AkanTersisih Dari Pembangunan

0
919
Dr Hazland bergambar kenangan bersama penduduk Kampung Semilang

Kuching, 11 April 2019 (SNN)- Belia Kampung Semilang tidak akan tersisih dari pembangunan. Beberapa projek pembangunan sedang dan akan dilaksanakan di Kampung Semilang khas untuk golongan belia termasuk pembinaan gelanggang futsal. Pembinaan gelanggang futsal Kampung Semilang merupakan salah satu daripada 5 gelanggang futsal yang dibina di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, gelanggang futsal ini merupakan salah satu daripada lima buah gelanggang futsal yang kini sedang dalam pembinaan di kawasan DUN Demak Laut.

“Pembinaan gelanggang futsal ini adalah untuk golongan belia di Kampung Semilang ini beriadah dan mencungkil bakat dalam permainan futsal. Siapnya padang futsal ini akan memberi pilihan kepada belia Kampung Semilang untuk bermain futsal atau bola sepak padang besar yang padangnya juga sudah dinaik taraf”.

“Saya mengharapkan kontraktor yang terlibat akan dapat menyiapkan gelanggang futsal ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti seperti yang terkandung dalam perjanjian,” katanya yang ditemui ketika meninjau kerja-kerja pembinaan gelanggang futsal ini. Beliau sebelum itu telah menghadiri dan menyampaikan Taklimat Isu-Isu Semasa Politik Sarawak semasa Pelancaran GPS Peringkat Ranting PBB Semilang, Ahad lepas.

Pada majlis itu, penduduk secara bersemuka telah mengajukan banyak persoalan dan isu mengenai pembangunan di Kampung Semilang. Dr Hazland memberi jaminan bahawa penduduk Kampung Semilang dan kawasan sekitarnya yang mendiami kawasan di seberang sungai ini tidak harus berasa tersisih dengan pembangunan.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat, saya akan sentiasa mendengar segala keluh kesah daripada penduduk tanpa ada jurang yang memisahkannya. Kita ada Penghulu, kita ada Ketua Kaum dan kita ada Ketua Ranting PBB yang menjadi wakil penduduk untuk berjumpa kepada saya bagi menyampaikan permasalahan dan persoalan penduduk. Dengan sistem yang ada ini, kita berharap penduduk memanfaatkannya supaya ianya dapat menjadi kaedah terbaik dalam penyaluran maklumat di antara saya dan rakyat,” tambahnya.

Dr Hazland semasa melakukan tinjauan kerja-kerja pembinaan gelanggang futsal yang dibina di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here