Kerajaan Sarawak Tubuhkan Lapan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di Seluruh Negeri

0
308
Dr Abdul Rahman Ismail

KUCHING, 29 April 2019 (SNN)- Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah akan menubuhkan lapan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di seluruh negeri. Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail berkata kawasan yang dibangunkan itu merangkumi Tarat dalam bahagian Serian, Layar dan Spaoh (bahagian Betong), Lawas dan Limbang (bahagian Limbang), Sadong Jaya (bahagian Samarahan), Long Lama (bahagian Miri) dan Sungai Baji (bahagian Sarikei).

“Untuk CPPC Tarat, ia kini sedang dalam pembinaan. Sementara pusat yang lain pula, sama ada dalam peringkat reka bentuk atau peringkat dokumentasi tender,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, CPPC adalah pusat  pengumpulan yang lengkap dengan infrastuktur untuk menjalankan aktiviti pemprosesan hiliran dan pembungkusan bagi menghasilkan produk menepati piawaian pasaran terutama pasaran eksport.Menurutnya, CPPC akan dioperasi oleh syarikat swasta yang mempunyai pengalaman dan akses pasaran sedia ada.

“Melalui konsep ini CPPC akan menjalankan aktiviti pengumpulan pembelian hasil tani di dalam kawasan setempat yang menepati jenis tanaman sepesifikasi dan jumlah yang dipersetujui. Ini selari dengan hala tuju kerajaan negeri untuk  merancang aktiviti pengeluaran pertanian yang berasaskan pasaran,” katanya.

Antara kriteria yang perlu diambil kira sebelum pembinaan sesebuah CPPC adalah pertama, katanya, kawasan berkenaan harus mempunyai aktiviti pengeluaran tanaman yang mempunyai potensi sedia ada .Kedua, jika belum ada pengeluaran mencukupi maka kajian perlu dilakukan terlebih dahulu termasuk mengambil kira sama ada terdapat tanah yang boleh diusahakan dan kesediaan petani di kawasan berkenaan untuk mengusahaka tanah mereka. Ketiga, perlu ada syarikat anchor yang bersedia untuk menjadi operator CPPC tersebut di mana mereka bersedia untuk menjadi pembeli pada harga yang tetap dan keempat adalah membabitkan lokasi strategik untuk pembinaan pusat ini,” ujarnya.

Jadi, bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang, Abdul Rahman berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membina CPPC di kawasan Bukit Bengunan. Namun ia harus mengambil kira jika terdapat jumlah pengeluaran sedia ada dan potensi untuk meningkatkan pengeluaran kawasan,” katanya sambil menambah, kos untuk membina CPPC baharu adalah antara RM500,000 hingga RM10 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here