Kerajaan Sarawak Tetap Bangunkan Kampung Muhibbah Seberang Pending

0
1377
Sebahagian daripada golongan asnaf dari Kampung Muhibbah Seberang Pending yang hadir di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Seberang Pending

Kuching, 08 April 2019 (SNN)- Kerajaan Sarawak melalui GPS tetap bangunkan Kampung Muhibbah Seberang Pending. Rakyat di Kampung Muhibbah Seberang Pending tidak akan ketinggalan dalam menikmati pembangunan walaupun berada di seberang. Jaminan ini disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Hazland Abang Hipni semasa menerima pertanyaan daripada penduduk semasa menyampaikan Taklimat Isu-Isu Semasa Politik Sarawak bersempena Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Seberang Pending.

“Walaupun ketika ini Kerajaan Sarawak berdiri sendiri atas nama GPS selepas keluar Barisan Nasional (BN), pemimpinnya tidak akan mengabaikan rakyatnya. Misalnya, Kerajaan Sarawak akan melaksanakan projek jalan kampung dan perumahan bagi penduduk kawasan ini bagi meningkatkan pembangunan selain memenuhi keperluan penduduk,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan kepada 66 orang golongan asnaf dari Kampung Muhibbah Seberang Pending dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10 ribu kepada Masjid Darul Msyaraffah yang diterima oleh pengerusinya Hj Yusof bin Suhaili bagi membiayai aktiviti dan program pada tahun ini.

Sementara itu, Dr Hazland turut menjelaskan ada beberapa projek yang pernah dijanjikan dan ada projek yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan terdahulu semasa di bawah BN di kawasan Parlimen Santubong telah dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai contoh, tiga jambatan iaitu Jambatan Batang Lupar, Batang Igan dan Rambungan yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dibatalkan dan diambil alih Kerajaan Sarawak seperti yang telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg”.

“Ini belum lagi termasuk beberapa projek kecil yang sangat diperlukan rakyat yang dibatalkan Kerajaan PH atas alasan yang tidak masuk akal selain memberhentikan segala bantuan yang sangat diperlukan rakyat seperti bantuan kepada nelayan, jalan raya dan baik pulih rumah,” tambahnya.

Pada majlis itu juga, penganjur PBB Ranting Muhibbah Seberang Pending turut meraikan sambutan hari lahir Dr Hazland dalam suasana yang sederhana.

Dr Hazland mengedarkan sumbangan kepada 66 orang golongan asnaf dari
Kampung Muhibbah Seberang Pending di Dewan Serbaguna
Kampung Muhibbah Seberang Pending di sini
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here