Pelajar Disaran Cemerlang Dalam Akademik dan Sukan

0
610
Para pelajar, guru dan tetamu yang hadir pada Majlis Penangguhan Karnival Voltek Sarawak 2019 Zon Sarawak di Dewan Integrasi SMT Sejingkat

Kuching, 08 April 2019 (SNN) – Pelajar disaran cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga sukan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata demikian kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat di sini, dan mereka juga diminta untuk menerapkan ‘survival skill’ di dalam kehidupan sebagai pelajar.

“Semua mengetahui sukan adalah cara terbaik meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental. Sungguhpun begitu ramai yang tidak mengetahui bahawa sukan ini yang bermula sejak 3,000 tahun lalu adalah berdasarkan ‘survival skill’. Survival Skill ini adalah latihan dalam meningkatkan kecekapan dan kemahiran seseorang. Sebagai contoh sukan larian, renang, memanah, berkuda dan banyak lagi yang bersandarkan kemahiran”, tambahnya.

“Untuk itu, pelajar perlu menerapkan survival skills di dalam kehidupan dalam mencapai kejayaan dengan mengambil contoh mereka yang berjaya dalam akademik dan sukan,” katanya semasa berucap di Majlis Penangguhan Karnival Voltek Sarawak 2019 Zon Sarawak di Dewan Integrasi SMT Sejingkat, malam tadi.

Karnival Voltek Sarawak 2019 Zon Sarawak telah diadakan selama selama 4 hari dari 2 hingga 5 April 2019 di SMT Sejingkat. Ini bagi memilih atlet-atlet yang akan mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan nanti.

Dr Hazland turut menjelaskan tidak semua atlet dan ahli sukan yang hebat dapat mewakili negara di peringkat antarabangsa.“Ini kerana persaingan yang hebat selain memerlukan komitmen yang tinggi dalam semua aspek. Jika pelajar mengadaptasikan survival skills di dalam kehidupan, nescaya pelajar akan menikmati kejayaan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Hazland telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 ribu, iaitu  tambahan RM10 ribu yang pernah diumumkan sebelum ini menjadikan jumlah keseluruhan RM20 ribu bagi menjayakan karnival ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here