More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak komited pertahankan hak tanah di negeri ini

    Kerajaan Sarawak komited pertahankan hak tanah di negeri ini

    LAWAS, 30 SEPTEMBER 2020 (SNM) : Kerajaan Sarawak di bawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan bertolak ansur dalam pengurusan tanah meskipun terpaksa melihat dalam Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 1963.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan negeri akan mempertahankan Kanun Tanah Negeri yang dianggap sebagai hak mutlak negeri ini.

    “Semasa rundingan yang dibuat sebelum ini dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, saya telah menyenaraikan jawatankuasa tanah di bawah senarai negeri Sarawak.

    “Kami akan mempertahankan hak ini dengan melihat apa sahaja peruntukan dalam Perjanjian Malaysia sebagai asas untuk melihat hak negeri ini yang terhakis secara sengaja atau tidak,” katanya semasa hadir pada Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2020, semalam.

    Majlis Perasmian kali ini bukti JTS mengikut perubahan zaman dalam proses mengurus tanah

    Dalam pada itu, beliau memuji dengan amalan yang ditunjukkan Jabatan Tanah dan Survei iaitu menggunakan pendekatan teknologi dalam perkhidmatan proses pentadbiran yang harus dijadikan contoh jabatan serta agensi lain di negeri ini.

    Ujarnya, teknologi merupakan satu saluran yang agak telus atau ‘open book’, ia mempunyai kandungan yang hakiki serta akses tanpa had kepada kandungan berkenaan.

    Turut hadir sama dalam majlis, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Henry Sum Agung, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah serta yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...