More
    Home Disyaki dibawah pengaruh dadah, lelaki mengamuk libas pengguna jalan raya ditahan

    Disyaki dibawah pengaruh dadah, lelaki mengamuk libas pengguna jalan raya ditahan

    MIRI, 30 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Semalam tular satu video pendek seorang lelaki mengamuk membawa parang di tengah-tengah jalan sehingga membahayakan pengguna jalan raya ditahan pihak polis.

    Aksi berkenaan dikatakan berlaku di jalan pesisir Miri-Bintulu berhampiran Kampung Tarahad, Bekenu dan mengikut video berdurasi 52 saat itu memaparkan aksi lelaki berkenaan mengibas sebilah parang kearah pengguna jalan raya yang lalu di kawasan itu.

    Aksi berbahaya itu berjaya dirakam oleh pengguna jalan yang lalu dikawasan berkenaan

    Difahamkan lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu telah berjaya ditahan oleh orang awam sebelum dibelasah kerana mengganggu serta mengancam keselamatan pengguna yang lain.

    Walau bagaimanapun, suspek berkenaan yang disyaki di bawah pengaruh dadah itu telah diserahkan kepada anggota polis dari Balai Polis Bekenu, yang bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian sekitar jam 9.50 pagi semalam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...