More
    Home Sarawak Betong Kerajaan Negeri Menerusi Yayasan Sarawak Komited Bantu Pelajar Yang Kurang Berkemampuan di...

    Kerajaan Negeri Menerusi Yayasan Sarawak Komited Bantu Pelajar Yang Kurang Berkemampuan di DUN Kabong

    Kabong, 25 Ogos 2019 (SNN)- Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sarawak terus komited untuk membantu pelajar dari kalangan golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan persekolahan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir  berkata, bantuan pakaian seragam sekolah yang dilaksanakan Yayasan Sarawak antaranya banyak membantu meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan.

    “Justeru, kini tiada alasan lagi bagi para ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menimba ilmu,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 bertempat di SK Kampung Emplam pada 20 Ogos 2019 yang lepas. Pada majlis ini, Mohd Chee Kadir telah menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada 3 orang pelajar, 37 orang pelajar untuk Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan 7 orang pelajar untuk penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019.

    Tujuh orang pelajar dari SK Kampung Emplam yang menerima Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019

    Mohd Chee Kadir menambah, Yayasan Sarawak juga menyediakan kemudahan pinjaman dan biasiswa untuk para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. “Ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam membela nasib rakyat negeri ini ke arah menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi,” katanya.

    Dalam majlis yang sama Mohd Chee Kadir turut memaklumkan kepada semua penduduk Kampung Empelam bahawa Dewan Masyarakat telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM300, 000. Beliau turut menyampaikan cek kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Emplam untuk menjalankan aktiviti dan mengumumkan akan memberikan insentif RM1000 kepada pelajar Tahun 6 yang mendapat 6A dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Pada majlis ini juga, Mohd Chee Kadir turut menyaksikan penyerahan 2 set kipas dan segulung tikar getah sumbangan Syarikat Anunroy (Maini Hj Spawi) kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Emplam. 

    Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Chee Kadir serta isteri turut menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 di SJK Chung Hua Roban sehari kemudian. Pada majlis tersebut, Mohd Chee Kadir telah menyampaikan Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 kepada 29 orang pelajar. Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan cek kepada PIBG SJK Chung Hua Roban dan kepada Lembaga Pengurusan Sekolah SJK Chung Hua Roban serta akan membantu pihak sekolah untuk menaik taraf bumbung dewan sekolah berkenaan yang berjumlah RM20,000. 

    Mohd Chee Kadir dan isteri semasa menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 di SJK Chung Hua Roban

    Pada hari yang sama Mohd Chee Kadir serta isteri turut menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 bertempat Dewan Sri Tanjung, SMK Kabong pada jam 2.00 petang.  Pada majlis ini, Mohd Chee Kadir telah menyampaikan Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 kepada 108 orang pelajar. Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan cek kepada Surau An-Nadwah SMK Kabong bagi tujuan penyelenggaraan surau berkenaan.

    Mohd Chee Kadir turut menyampaikan Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 kepada 108 orang pelajar SMK Kabong bertempat Dewan Sri Tanjung, SMK Kabong

    Majlis Penyampaian  Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 diteruskan di SJK Chung Hua Kabong sehari kemudiannya kepada 12 orang pelajar. Mohd Chee Kadir turut  menyampaikan cek kepada PIBG SJK Chung Hua Kabong dan kepada Lembaga Pengurusan Sekolah SJK Chung Hua Kabong.

    Majlis Penyampaian  Baucar Pakaian Sekolah Yayasan Sarawak 2019 kepada 12 orang pelajar di SJK Chung Hua Kabong

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...