Pertandingan Memancing Tarik Penyertaan Belia dan Dewasa

0
583
Dr Hazland bergambar bersama peserta Pertandingan Mengail Bandarayaku Siri 2/2019 sempena Hari Bandaraya Kuching Ke 31 yang diadakan di Kampung Senari di sini, hari ini

KUCHING, 26 Ogos 2019 (SNN)– Pertandingan memancing mampu menarik penyertaan belia dan dewasa. Malahan penyertaan aktiviti pertandingan memancing perlu diperluaskan ke kawasan yang lebih luas seperti di kampung-kampung yang terdekat bagi meraih penyertaan yang lebih ramai daripada pelbagai peringkat usia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Yang Berhormat Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata penyertaan yang banyak membolehkan lebih ramai peminat dan kaki pancing menyertainya sekaligus memeriahkan acara.

“Pertandingan memancing yang diadakan hari ini adalah sesuatu yang sangat berfaedah. Selain memperoleh ikan, peserta juga boleh meluaskan pergaulan dan bertukar kemahiran mengenai teknik dan kawasan memancing yang strategik.

“Malah, penganjuran pertandingan memancing hari ini yang merupakan kali kedua diadakan oleh Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Senari telah berjaya memperkenalkan Kampung Senari sebagai pangkalan atau destinasi untuk kaki pancing.

“Ini sekaligus boleh membuka peluang kepada penduduk untuk mengusahakan sewaan perahu atau perkhidmatan sewaan memancing untuk kemudahan kaki pancing,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pertandingan Mengail Bandarayaku Siri 2/2019 sempena Hari Bandaraya Kuching Ke 31 yang diadakan di Kampung Senari di sini, hari ini.

Pada pertandingan memancing, johan dimenangi Sepawi Hamdin yang berjaya menjinakkan ikan Palo seberat 2.4 kilogram, kedua Muliadi Daruiz memperolehi ikan pari seberat 2.1 kilogram dan ketiga Abu Ajid berjaya menaikkan ikan Mancong seberat 2 kilogram.

Dalam pada itu, Dr Haji Hazland turut melahirkan rasa kagum di atas penyertaan pertandingan Battlegrounds Mobile All Stars Challenge yang turut diadakan sebagai selingan kepada pertandingan memancing.

“Pertandingan Battlegrounds Mobile All Stars Challenge atau PUBG ini telah berjaya menarik ramai penyertaan dan ini sesuatu yang menarik kerana kebanyakan peserta terdiri daripada belia dan orang dewasa.

“Ini menunjukkan belia dan orang dewasa hari ini telah menunjukkan minat mendalam terhadap permainan video yang merupakan salah satu cabang ekonomi digital,” katanya.

Sebanyak 100 peserta yang terdiri daripada 25 kumpulan telah menyertai pertandingan Battlegrounds Mobile All Stars Challenge.

Pasukan The Parang Kingsman berjaya muncul johan dan naib johan pasukan Young Generation dan tempat ketiga pasukan X771 KL Delta.

Turut Timbalan Komuniti DBKU Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU Rudzaimeir bin Malek.

Antara peserta di kalangan belia yang menerima hadiah daripada Dr Hazland
Antara para peserta daripada kalangan dewasa yang menyertai pertandingan pada kali ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here