More
    Home Kerajaan negeri komited tingkatkan kualiti sektor pendidikan di Sarawak

    Kerajaan negeri komited tingkatkan kualiti sektor pendidikan di Sarawak

    KUCHING, 10 NOVEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan di bawah pimpinan Parti Gabungan Sarawak (GPS) akan terus komited menambah baik sektor pendidikan di negeri ini.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1 billion untuk projek baikpulih dan natiktaraf yang melibatkan lebih 140 buah sekolah di seluruh negeri.

    “Projek ini diberi keutamaan dalam memastikan keselesaan pelajar sekolah terjamin disamping menyediakan dana tambahan sebanyak RM10 juta untuk projek penyambungan bekalan elektrik di setiap sekolah kawasan luar bandar yang melibatkan lebih 110 buah sekolah.

    “Kerajaan Sarawak turut menyediakan dana untuk membina dan menyiapkan sekolah seperti SK Agama Kuching No. 2, SK Ulu Segan, Bintulu, SK Maludam, Betong, SK Merpati Jepang, SK Pulo, SK Pulo, Kulai, SK Pulo, Daro, Mukah berjumlah RM83.3 juta,” katanya ketia sesi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Bacaan Kali Pertama (Belanjawan Tahun 2021) dalam Persidangan Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-18 semalam.

    Persidangan DUN Sarawak penggal ke-5 bermula pada Isnin

    Dalam pada masa yang sama, Ketua Menteri turut mengumumkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, pusat sains Sarawak, sekolah antarabangsa, skim baucar tuisyen dan kualiti modal insan.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...