More
    Home PKPD Kluster Baki dilanjutkan seminggu bermula 11 November 2020

    PKPD Kluster Baki dilanjutkan seminggu bermula 11 November 2020

    KUCHING, 10 NOVEMBER 2020 (SNN) : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kluster Baki dilanjutkan selama seminggu bermula 11 November 2020 ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melanjutkan perintah berkenaan selepas penilaian saringan ke atas 3,264 orang penduduk sejak kes positif dikesan di kawasan itu dan mendapati jumlah kes positif sebanyak 31 kes.

    Setakat ini ujian saringan ke dua melibatkan 2,872 sampel telah diambil dan daripadanya terdapat dua positif manakala 448 lagi masih menunggu keputusan makmal.

    Oleh itu, JPBNS telah bersetuju untuk melanjutkan PKPD selama seminggu bagi memastikan keputusan ujian saringan yang dilakukan adalah negatif dan kawasan terbabit benar-benar bebas dari jangkitan Covid-19.

    Lanjutan PKPD bagi Kampung Haji Baki dibuat bagi memastikan kawasan itu bebas dari jangkitan sepenuhnya

    Dalam pada yang sama, hari ini terdapat enam kes direkodkan melibatkan dua daerah iaitu Daerah Kuching lima kes dan Lawas satu kes.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...