More
    Home Sarawak Bintulu JKKK dan NGO's tingkatkan kemahiran hadapi ancaman penyakit

    JKKK dan NGO’s tingkatkan kemahiran hadapi ancaman penyakit

    TATAU, 08 NOVEMBER 2020 (SNN) : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) lain perlu memiliki kemahiran semasa berhadapan dengan ancaman wabak penyakit terutama Covid-19.

    Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat berkata, perkara ini amat penting dalam memastikan komuniti luar bandar itu berdaya maju dalam menghadapi sebarang ancaman wabak penyakit dan penyakit berjangkit.

    “Kemahiran serta keupayaan pemimpin akar umbi JKKK dan NGO’s akan kita tingkatkan melalui program latihan seperti ini.

    “Komuniti itu sendiri perlu bersedia dan ambil tahu terhadap risiko ancaman wabak yang boleh membahayakan kesihatan dalam komuniti dan negara secara keseluruhannya,” katanya semasa merasmikan Bengkel Kepolisan Komuniti Daerah Tatau pada Jumaat.

    Ceramah dan bengkel turut disampaikan oleh pihak Pejabat Daerah Tatau dan agensi-agensi yang terlibat

    Tambahnya, latihan ini memfokuskan kepada 7 teras utama dan strategi untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan seperti pengukuhan kesihatan awam.

    Pengukuhan ini adalah seperti penambahbaikan fasiliti Hospital dan klinik awam seperti mesin RTP-CPR bagi mengesan jangkitan wabak Covid-19 serta tidak perlu menghantar sampel ke Kuching atau Sibu yang akan mengambil masa yang lama.

    Turut hadir sama dalam majlis Pegawai Daerah Tatau Barayan Lenya dan Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...