Anak Sarawak digalak ceburi bidang teknikal

0
131
Datuk Julaihi menyaksikan tandatangan memorendum kerjasama antara dua pihak Sarwak Skills dan JKR

KUCHING, 21 OKTOBER 2020 (SNN) : Anak Sarawak terutama golongan muda disaran untuk merebut peluang mempelajari bidang teknikal di institusi-institusi kemahiran yang kini semakin mendapat sambutan dalam pasaran kerjaya.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, galakan ini diajukan kepada anak-anak Sarawak kerana kerajaan negeri sedang giat melaksanakan pembangunan infrastruktur yang menjadi fokus utama dalam membangunkan negeri sarawak ke arah negeri maju dan serba moden.

“Untuk menjayakan serta melaksanakan projek-projek tersebut sudah pasti kita memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan pakar dalam bidang tertentu tanpa mengharapkan tenaga dari negara luar.

“Pengambilan tenaga kerja tempatan turut memudahkan pihak yang mengendali projek untuk melaksanakannya,” kata beliau semasa majlis menandatangani Memorendum Perjanjian (MoU) antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Sarawak Skills, di Auditorium Sarawak Skills, semalam.

Sarawak Skills diwakili Pengarah Eksekutif Hallman Sabri, JKR diwakili Pengarah JKR Sarawak Datu Zuraimi Sabki

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menjelaskan banyak projek-projek lambat siap mengikut jadual yang telah ditetapkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara lebih-lebih lagi Sarawak telah menutup semua sempadan bagi mengelak tenaga kerja asing datang ke negeri ini.

Sehubungan itu, di masa inilah amat digalakkan tenaga kerja yang berkemahiran untuk menceburi diri dalam melaksanakan projek kerajaan disamping dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah pengangguran terutama di kawasan luar bandar.

Beliau turut menifatkan MoU tersebut sebagai persiapan kerajaan negeri dalam meneruskan kelancaran projek berskala mega yang akan dilaksanakan di masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here